Sunday, June 26, 2016
CUCUR BAWANG RANGUP CMG
CUCUR BAWANG RANGUP
sumber : DapurTanpaSempadan...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
3 cawan air
1 biji telur - dipukul sedikit
1/2 sudu teh baking powder
2 biji bawang besar * - saiz sederhana
1 biji cili merah *
1 biji cili hijau *
1 pokok daun sup * ( bahan-bahan bertanda * - dihiris)
1 genggam ikan bilis - dibersihkan, rendam seketika & toskan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat :
1. Di dalam satu bekas, masukkan bawang besar, daun sup, cili merah, cili hijau dan ikan bilis. Tambahkan garam secukup rasa dan baking powder. Gaul rata dan masukkan telur diikuti dengan kedua-dua jenis tepung. Kacau rata dan sebati.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga rata. Rehatkan sekejap. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng. Ambil 1 sudu besar adunan, tuangkan di tepi kuali, tuang biarkan sebahagiannya jatuh ke dalam minyak panas.
3. Perlahan-lahan jatuhkan cucur ke dalam minyak panas, goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. (saya goreng seperti biasa saja).
4. Hidangkan bersama sos pilihan. Enak juga di cicah bersama kuah kacang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment