KEK PISANG

Thursday, June 9, 2016

KUIH BUAH MELAKA









KUIH BUAH MELAKA




Bahan-Bahan :

   1  cawan  tepung pulut
 20  helai  daun pandan  -  dikisar dengan sedikit air & diperah/tapis ambil jusnya
Gula Melaka secukupnya  -  dipotong kiub kecil sebagai inti
1/2  biji  kelapa parut putih digaulkan dengan sedikit garam


Cara-Cara :

1.  Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk.  Tuangkan air pandan sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan tidak melekat di tangan.

2.  Kemudian ambil sedikit adunan doh, leperkan dan isikan gula melaka dan bentukkan seperti bebola.

3.  Panaskan air bersama sehelai daun pandan, apabila mendidih masukkan bebola tadi dan tunggu ia timbul baru di angkat dan di golekkan/salutkan di dalam kelapa parut.

4.  Sedia untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment