KEK PISANG

Saturday, June 4, 2016

AYAM MASAK GULAI SIAM









AYAM MASAK GULAI SIAM
Majalah RASA Mei 2016...




Bahan-Bahan :

    1  ekor  ayam  -  dipotong 16
250  ml   santan pekat
250  ml   air
    4  helai  daun limau purut
    2  keping  asam gelugur
Gula & garam secukupnya


Bahan Kisar :

5  biji  cili merah
6  biji  bawang merah
1  cm  halia
1  cm  lengkuas
2  batang  serai 
1  cm  kunyit hidup


Cara Memasak :

1.  Kisar kesemua bahan-bahan seperti cili merah, bawang merah, lengkuas, serai dan kunyit hidup sehingga halus.  Masukkan ke dalam periuk.

2.  Tambahkan air dan ayam.  Masak sehingga separuh masak.

3.  Kemudian masukkan santan pekat, daun limau purut dan asam gelugur.  Biarkan mereneh sehingga ayam betul-betul masak.

4.  Sedia untuk dihidangkan..

No comments:

Post a Comment