Friday, June 10, 2016
MAGGI GORENG ALA MAMAK
MAGGI GORENG ALA MAMAK
Bahan-Bahan :
2 bungkus Maggi - dicelur sekejap & toskan
1 biji ubi kentang - direbus & dipotong kiub
10 ekor udang - kupas kulit, cuci bersih & toskan
4 ekor sotong - cuci bersih & potong-potong
1 ikat sawi - dipotong-potong
10 biji tomato ceri
1 sudu makan cili kisar (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)
1 sudu makan rempah kari (saya guna perencah kari Maggi)
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar - dicincang halus
3 biji telur
3 biji cili merah - dihiris nipis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang, cili dan rempah kari. Biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan udang, sotong dan kacau rata. Biarkan sebentar.
3. Masukkan kicap dan mi Maggi. Kemudian kacau rata.
4. Masukkan sawi, tomato ceri dan ubi kentang rebus.
5. Ketepikan mi dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali.
6. Biarkan telur itu masak sedikit, barulah dikacau dan digaul rata.
7. Masakkan mi Maggi sehingga sedikit kering.
8. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hiris cili merah dan daun bawang (jika suka)..
Labels:
Noodles/Pasta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment