KEK PISANG

Thursday, June 9, 2016

CHAR KUETIAU









CHAR KUETIAU
sumber  :   buku masakan...




Bahan-Bahan :

  1  paket  kuetiau
10  ekor  udang  -  dibuang kulit
  1  ikat  daun kucai  -  dipotong 1 inci
Segenggam tauge
  2  keping  tahu basah  -  digoreng dan dipotong kecil
  1  sudu besar  cili kisar
  4  ulas  bawang putih  -  dicincang
  4  sudu besar  kicap pekat
  2  sudu besar  sos tomato
  2  biji  telur
10  biji  tomato ceri warna kuning
  2  sudu besar  minyak masak
Garam  -  sekiranya perlu


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
2.  Masukkan cili kisar dan kicap.
3.  Masukkan udang, sos tomato dan sedikit air.  Kemudian kacau rata.
4.  Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar.  Kacau sebati.
5.  Masukkan kuetiau, tomato ceri, tauhu goreng, tauge dan kucai.  Kacau rata, sesuaikan rasa dan tutup api.
6.  Hidangkan dengan lada jeruk (jika suka)...

No comments:

Post a Comment