KEK PISANG

Wednesday, October 19, 2016

BENDI GORENG TELUR...










BENDI GORENG TELUR
sumber  :    Azie Kitchen...





Bahan-Bahan :

15  biji  bendi  -  cuci & toskan, buang tampok & ekor, hiris nipis secara menyerong
  2  biji  telur  -  dipukuk seketika
sedikit garam
serbuk perasa


Bahan Kisar :

1  genggam  ikan bilis  -  cuci, rendam seketika & toskan  (tambahan)
3  biji  cili merah  -  dibuang biji
2  ulas  bawang merah
1  ulas  bawang putih


Cara Penyediaan :

1.  Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.  Masukkan bendi dan dikacau.  Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.  Agak-agak bendi dah separuh masak bolehlah dicurahkan telur sekelilingnya.

2.  Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau.  Biarkan sekejap sehingga agak kering dan bolehlah ditutup api.

3.  Siap untuk dihidangkan.  Sedap juga diratah begitu sahaja...

TIPS  :   Supaya bendi tidak berlendir, sebelum memotongnya hendaklah dibasuh bersih dahulu.  Jangan dipotong dulu baru dibasuh.  Bendi pula mestilah yang muda.

No comments:

Post a Comment