KEK PISANG

Tuesday, October 4, 2016

HOMEMADE CENDOL...


 Homemade CENDOL terbaik oleh anak bujang ku sempena Maal Hijrah...








CARA BUAT CENDOL
sumber  :    resipibonda.com...





Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung beras
1  sudu besar  tepung jagung
3  cawan  air pandan   (anggaran 5 helai daun pandan dikisar bersama air & tapis = jadikan 3 cawan)
1  sudu kecil  air kapur
secubit garam
sedikit pewarna hijau


Cara-Cara :

1.  Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga kental dan berkilat.  Kacau selalu supaya tidak hangit.

2.  Sediakan bekas yang berisi air sejuk yang dicampurkan dengan sedikit ais kiub.

3.  Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekankan ke dalam air sejuk.  (Anak saya guna sendok besar yang berlubang-lubang).

4.  Simpankan sekali dengan airnya ke dalam peti ais.


Cara Membuat Air Cendol :

1.  1/2 kilo pati santan segar letakkan secubit garam (tidak perlu dimasak, cuma tambahkan ketulan ais supaya tahan lebih lama sedikit).

2.  Air gula melaka :  campurkan gula melaka, gula pasir secukupnya dan masukkan 1-2 helai daun pandan disimpul dan masak lebih kurang 1 jam hingga likat.

3.  Untuk melikatkan campurkan dengan sedikit air bancuhan tepung jagung.

4.  Hidangkan bersama kacang merah, jagung manis, pulut kukus dan bahan tambahan lain ikut citarasa sendiri.

No comments:

Post a Comment