KEK PISANG

Wednesday, October 19, 2016

TAUHU SOS TIRAM...











TAUHU SOS TIRAM
sumber  :    Azlita Masam Manis...





Bahan-Bahan :

1  ketul  tauhu lembut yang besar
3  ulas  bawang putih  -  dicincang
2  sudu besar  sos tiram
2  sudu besar  kicap manis
1  sudu teh  minyak bijan
1  sudu teh  serbuk perasa ayam Knorr
Daun bawang secukupnya  -  dihiris halus
Air secukupnya
Sedikit hirisan cili merah
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menumis


Cara Memasak :

     Kukuskan tauhu selama 5 minit, angkat dan letakkan di dalam pinggan yang bersesuaian, ketepikan.  Panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga berbau harum.  Selepas itu masukkan sos tiram, kicap manis dan air secukupnya dan kacau sehingga mendidih.  Masukkan serbuk perasa ayam Knorr, minyak bijan dan garam secukup rasa.  Kacau sehingga pekat.  Angkat dan tuangkan ke atas tauhu tadi.  Taburkan daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili merah.  Sedia untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment