KEK PISANG

Thursday, November 17, 2016

BASIC BUTTER CAKE




 KEK BUTTER NEOPOLITAN

 KEK BUTTER PANDAN

 KEK BUTTER STRAWBERRY

 selepas dibakar...
sebelum dibakar...






BASIC BUTTER CAKE
sumber  :     Azlita Masam Manis & Chef Asma...
dicuba    :    zaralovebaking...




Bahan A :

250  gm  marjerin Planta
  50  gm  butter
150  gm  gula halus atau gula kastor
100  gm  gula aising


Bahan B :

250  gm  telur  -  timbang tanpa kulit
 1/4  sudu teh  esen vanilla


Bahan C :  (satukan & diayak bersama)

250  gm  tepung gandum
    1  sudu teh  baking powder


Cara-Cara :

Satukan bahan A di dalam mixer.
Putar adunan bahan A sehingga creamy atau putih pucat.
Masukkan telur satu persatu dan teruskan putar sehingga sebati.
Tambahkan esen vanilla, gaul rata.
Tuangkan tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan speed perlahan.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak (adunan ini untuk 3 buku kek yang berlainan perisa).
Sediakan juga 3 bekas aluminium foil 7" x 3", digriskan dengan sedikit marjerin/butter.



KEK BUTTER BLUEBERRY/STRAWBERRY :

Untuk kek butter blueberry/strawberry, sediakan blueberry/strawberry paste dan masukkan ke dalam piping bag.
Masukkan sedikit adunan ke dalam bekas aluminium foil dan ratakan.
Letakkan Blueberry/Strawberry paste secara rawak.
Kemudian tutup semula dengan satu lagi lapisan adunan.
Hiaskan di atas kek dengan lebihan blueberry/strawberry paste.
Ketepikan...


KEK BUTTER PANDAN :

Untuk kek butter pandan ;  bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
1 bahagian, letakkan pandan emulco dan sedikit pwearna hijau.
1 bahagian lagi biarkan plain (kalau nak letak warna lain pun boleh).
Sedikit badam keping untuk hiasan.
Tuangkan 1 lapisan plain/putih dahulu  -  ratakan.
Kemudian tuangkan 1 lapisan pandan  -  ratakan.
Tuangkan lapisan putih lagi  -  ratakan.
Akhir sekali tuangkan baki lapisan pandan  -  ratakan.
Kemudian akhir sekali ambil belakang sudu dan swirlkan adunan.
Taburkan dengan badam keping untuk hiasan di atasnya.
Ketepikan...


KEK BUTTER NEOPOLITAN :

Untuk kek butter Neopolitan ;  bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak.
1 bahagian letak perisa blueberry dan sedikit pewarna ungu/purple.
1 bahagian lagi letak perisa mocha.
1 bahagian lagi biarkan vanilla.
Tuangkan 1 sudu besar adunan vanilla ditengah bekas aluminium.
Kemudian tuangkan pula 1 sudu besar adunan mocha di atasnya dan ditengah-tengah adunan vanilla.
Kemudian tuangkan pula 1 sudu besar adunan purple/ungu di atasnya dan ditengah-tengah adunan mocha.
Buat dan ulang cara yang sama sehingga habis kesemua adunan.  Ketepikan.

Bakar adunan kek di dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 160'C - 170'C menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau sehingga masak sepenuhnya...

1 comment:

  1. Assalamualaikum...agak2 kalau nak jual kek ni berapa RM ye setiap satu?

    ReplyDelete