BISKUT ALMOND LONDON
rujukan : resipicitarasawan...
Bahan-Bahan :
250 gm mentega
150 gm gula halus@gula kastor
450 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh emplex (perangup biskut)
1 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanilla
100 biji badam ~ dibakar
Cawan kertas secukupnya
Hiasan :
Coklat masakan secukupnya
Cocoa butter secukupnya atau boleh juga guna minyak jagung
Cara-Cara :
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Pindahkan adunan mentega tadi ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 15 minit. (Jika adunan kering, tambahkan sedikit lagi mentega).
4. Ambil sedikit doh, bulatkan dan masukkan sebiji badam. Buatlah bentuk bujur.
5. Susun di dalam dulang pembakar dan bakar selama lebih kurang 20 - 25 minit atau sehingga kelihatan sedikit keperangan pada suhu 160'C. Sejukkan.
6. Cairkan coklat secara double boiler, masukkan sedikit cocoa butter jika coklat terlalu pekat. Celupkan biskut dan letakkan dalam cawan kertas. Taburkan dengan sedikit badam cincang yang telah dibakar terlebih dulu. Biarkan beku sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara...
No comments:
Post a Comment