BISKUT CHOCOLATE CHIP
rujukan : hanieliza...
Bahan A :
150 gm mentega
100 gm marjerin
30 gm lemak sayuran@shortening
150 gm gula halus
1 biji telur (saya guna gred B)
1 sudu teh esen vanilla
Bahan B : (Gaul Rata)
250 gm tepung gandum ~ diayak
10 gm serbuk koko ~ diayak
150 gm chocolate chip
50 gm almond flake ~ dipanggang
50 gm nestum
Cara-Cara :
1. Gaulkan mentega, marjerin, lemak sayuran dan gula halus sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
4. Sudukan adunan (sebesar guli) ke dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega/lemak sayuran.
5. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 25 minit ataupun sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara...
No comments:
Post a Comment