PULUT MANGGA THAI/HARUMANIS
rujukan : citarasawan...
Bahan-Bahan :
2 biji mangga ~ potong ikut suka
250 gm beras pulut ~ direndam semalaman atau 4 jam
100 ml santan segar/santan kotak + 1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan ~ di carik
2 sudu besar bijan ~ digoreng tanpa minyak (saya tambah)
Bahan Sos Santan :
150 ml santan kotak KARA
150 ml air
4 sudu besar gula perang atau gula kastor
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan ~ disimpul
4 sudu teh tepung jagung ~ larutkan dengan sedikit air
Cara-Cara :
1. Toskan beras pulut dan kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
2. Gaulkan bersama santan sehingga rata. Masukkan kembali ke dalam pengukus bersama daun pandan.
3. Kukus semula selama 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
4. Sos santan : Satukan kesemua bahan sos kecuali tepung jagung. Masak sehingga gula larut. Kemudian masukkan larutan tepung jagung dan masak sehingga sos kelihatan pekat.
5. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan. Taburkan sedikit bijan...
No comments:
Post a Comment