KEK PISANG

Thursday, June 22, 2017

BISKUT SEMPERIT SUSU...







BISKUT SEMPERIT SUSU
rujukan :    ruzita'skitchen...



Bahan-Bahan :    (anggaran :  97 pcs)

200  gm  susu pekat manis
400  gm  tepung jagung
200  gm  mentega  (jika guna mentega berkualiti lagi sedap)


Cara-Cara :

1.  Pukul susu pekat dan mentega sekadar sebati sahaja.  Saya menggunakan senduk kayu saja.

2.  Selepas itu masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit.

3.  Uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Adunan jangan terlampau keras nanti tidak terdaya untuk menekan.  (Jika ingin membuat corak pelangi, adunan dibahagian kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan).

4.  Masukkan adunan ke dalam acuan semperit dan tekankan ke atas dulang pembakar.

5.  Hiaskan dengan gula manik hiasan atau sebarang hiasan yang digemari.

6.  Bakar selama 15 minit atau sehingga kelihatan sedikit keperangan pada suhu 170'C.  (Oven hendaklah dipanaskan 15 minit awal)...

 



No comments:

Post a Comment