CUCUR PISANG GEBU
Bahan-Bahan :
8 biji pisang emas
3/4 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu besar gula perang atau 1/3 sudu besar gula halus
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Kupas kulit pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bicarbonate sehingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata sehingga sebati. Perapkan selama 30 minit.
2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak-banyak sebab ianya akan mengembang.
3. Gorengkan sehingga kuning keemasan pada keseluruhan cucur. Angkat dan toskan. Letakkan di atas paper towel dan biarkan minyak menyerap. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment