KEK PISANG

Monday, September 11, 2017

KEK MARBLE LEMBUT...



 Sangat lembut & sedap...








KEK MARBLE LEMBUT
rujukan :    Surianti Ramli...



Bahan A :

150  gm  mentega  ~  dicairkan, timbang dahulu baru dicairkan


Bahan B :

5  biji  telur gred A
230  gm  tepung gandum
170  gm  gula kastor
1  sudu besar  ovalet  (sudu metrik)
50  ml  susu cair
1  sudu teh  esen vanilla


Bahan Lain :

Pewarna/perisa kesukaan
(saya guna strawberry emulco, chocolate emulco & pewarna hijau)
Mentega secukupnya untuk sapuan pada loyang
Kertas minyak
Loyang :   8" x 8"


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven terlebih dahulu, sapu loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak.  Kemudian sapukan mentega sekali lagi di atasnya.

2.  Di dalam mangkuk adunan, satukan bahan B, pukul menggunakan mixer sehingga kembang dan gebu (anggaran 7 minit).

3.  Masukkan bahan A iaitu mentega yang telah dicairkan (sejukkan seketika).  Kaup balik sehingga sebati.

4.  Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan perisa atau pewarna kesukaan.  Ambil adunan dan lapiskan berselang-seli dalam loyang kek sehingga selesai.  Hentakkan loyang kek sedikit supaya adunan kek sekata di dalam loyang.

5.  Bakar sehingga masak pada suhu 160'C selama 45-50 minit (bergantung pada suhu oven masing-masing)...

No comments:

Post a Comment