KEK PISANG

Saturday, September 2, 2017

PENGAT LABU...









PENGAT LABU BERSAMA
SAGU BIJI
rujukan :    seripayaku...



Bahan-Bahan :

1/4  biji  labu manis  ~  saiz sederhana
1/2  cawan  sagu mata ikan  ~  basuh, rendam sehingga kembang & toskan
2  cawan  santan
1  cawan  air
1  helai  daun pandan  ~  disimpul
1/2  sudu teh  garam
1/2  ketul  gula melaka  ~  dicincang
1/2  cawan  gula


Cara-Cara :

1.  Kupas kulit labu, potong labu bentuk kiub, saiz ikut suka, tidak terlalu kecil atau besar.

2.  Masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk bersama daun pandan, air, garam dan gula.

3.  Setelah gula melaka larut, masukkan labu dan santan, kacau selalu dan setelah labu separuh masak masukkan sagu mata ikan dan teruskan masak sehingga labu empuk dan sagu mata ikan menjadi jernih.  Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia dihidangkan...

No comments:

Post a Comment