KEK PISANG

Wednesday, September 6, 2017

SUP TELUR CENDAWAN TIRAM...









SUP TELUR CENDAWAN TIRAM
rujukan :    Majalah RASA Mei 2016
Saiz Hidangan :   2-3 orang




Bahan-Bahan :

2  biji  telur
5  biji  bawang merah  ~  dikisar
2  ulas  bawang putih  ~  dikisar
10  tangkai  cendawan tiram  ~  dipotong
Sedikit bunga kobis  ~  dipotong  (saya guna jagung muda)
Sedikit daun sup  ~  diracik kasar
Sedikit suhun  ~  direndam & ditoskan
1  mangkuk  air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar.  Tumis sehingga terbit wangi.  Apabila sudah naik bau, masukkan air.  Kacau perlahan.
2.  Apabila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kobis/jagung muda dan suhun.
3.  Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu.  Biarkan kira-kira 3 minit.
4.  Taburkan dengan hirisan daun sup.  Angkat dan sedia dihidangkan...

2 comments:

  1. sedap yang amat tu kalau dapat!!hahaha

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, memang sedap bila orang demam makan ni😂

    ReplyDelete