KEK PISANG

Tuesday, October 8, 2019

AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK ...









AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK
sumber :    FB@Resepi Sedap ...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam kampung muda  ~  potong lima atau ikut suka, cuci bersih & toskan
15  biji  cili padi  ~  dikisar
2  biji  bawang merah  ~  dikisar
2 1/2 cm  kunyit hidup  ~  dikisar
3  batang  serai  ~  diketuk
3  sudu makan  tempoyak
Garam kasar secukup rasa
2  tangkai  daun kesum
750  ml  air


Cara Memasak :

1.  Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak.
2.  Selepas itu masukkan air dan serai.  Gaul sehingga rata di atas api sederhana sehingga mendidih.
3.  Masukkan ayam, daun kesum dan garam secukup rasa.
4.  Masak sehingga ayam masak empuk.  Biarkan sehingga mendidih dan pekat.  Angkat dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment