BROWNIES PISANG OREO
sumber : Majalah SEDAP 2015/bil 89 ...
Bahan-Bahan :
100 gm mentega
100 gm coklat masakan hitam ~ potong kecil
250 gm pisang ~ haluskan
2 biji telur (me : gred A)
100 gm gula pasir
85 gm tepung gandum
2 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
Bahan Taburan :
4 keping biskut Oreo ~ cincang kasar
Cara Membuat :
1. Panaskan mentega, matikan api. Masukkan potongan coklat masakan hitam, kacau hingga larut dan ketepikan.
2. Tambahkan pisang, kacau rata dan ketepikan.
3. Pukul telur dan gula pasir selama 2 minit hingga pekat.
4. Masukkan campuran mentega sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.
5. Tambahkan tepung gandum, susu tepung dan serbuk penaik sambil diayak dan dikacau rata.
6. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 12x24x4 cm yang disapu mentega dan dilapisi kertas kalis minyak, taburkan biskut Oreo cincang.
7. Bakar dengan api bawah suhu ketuhar 180'C selama 35 minit hingga masak.
No comments:
Post a Comment