KEK PISANG

Friday, October 4, 2019

NASI LEMAL HALBA & SAMBAL AYAM ...








RESIPI NASI LEMAK HALBA
sumber :    Fiza's Cooking ...




Bahan-Bahan :

2  cawan  beras
2  cawan  air
1  cawan  santan
3  ulas  bawang merah  ~   dimayang
1  sudu teh  halba
1/2  inci  halia  ~  dihiris nipis
2  helai  daun pandan  ~  disimpul
Garam secukup rasa


Cara Membuat :

1.  Basuh beras dan masukkan semua bahan-bahan termasuk garam ke dalam periuk nasi elektrik.  Masak nasi seperti biasa.

2.  Apabila nasi telah masak, bolehlah dihidangkan dengan sambal pilihan, kacang goreng, timun dan telur rebus atau ikut citarasa.










RESIPI SAMBAL AYAM
sumber :    majalah ...




Bahan-Bahan :

500  gm  ayam  ~  dipotong sederhana, cuci & toskan
2  batang  serai  ~  dititik
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng & menumis


Bahan Kisar :

15  tangkai  cili kering  ~  direbus hingga lembut & toskan
6  ulas  bawang merah
4  ulas  bawang putih
2  cm  halia
2  cm  lengkuas


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak, gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.  Goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.

2.  Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.

3.  Masukkan air asam jawa, serai, garam, gula perasa secukupnya.

4.  Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng dan gaul rata sehingga sekata sebelum diangkat dan dihidangkan.


INFO :    Ayam sambal ini enak juga dihidangkan dengan pelbagai jenis nasi.

No comments:

Post a Comment