KEK PISANG

Friday, October 4, 2019

MUFFIN PANDAN ...










RESIPI MUFFIN PANDAN
sumber :    FB@Rozita Zuita Aisyah




Bahan-Bahan :

2  biji  telur gred A
140  gm  gula kastor
150  ml  minyak masak
150  ml  susu segar
250  gm  +  1 1/2  sudu besar  tepung gandum *
1  sudu besar  serbuk penaik *   ( * diayak )
Pandan emulco secukupnya
Pewarna hijau secukupnya
100  gm  chocolate chip


Cara-Cara :

~   pukul telur dan gula kastor hingga sebati  (guna senduk kayu/whisk tangan).
~   masukkan susu segar dan juga minyak masak ke dalam adunan telur tadi, gaul hingga sebati.
~   masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, gaul hingga rata.
~   masukkan pandan emulco juga pewarna hijau secukupnya, sebatikan.
~   akhir sekali masukkan chocolate chip dan kacau rata.  (jangan terlebih kacau).
~   masukkan ke dalam papercup 3/4 penuh.  (me :  tabur dengan sedikit kelapa kering).
~   bakar pada suhu 170'C (oven dipanaskan terlebih dahulu) selama 25-30 minit/hingga masak.

1 comment: