KEK PISANG

Monday, October 14, 2019

IKAN SARDIN TIN SEDAP ...









RESEPI IKAN SARDIN TIN SEDAP
sumber :    Insta@myresepi ...




Bahan-Bahan :

1  tin kecil  ikan sardin
2  tangkai  cili besar  ~  belah memanjang
1  biji  bawang besar  ~  hiris halus
3  ulas  bawang putih  ~  dicincang
2  sudu besar  sos tiram
Kicap manis atau kicap masin secukupnya  ~  sebagai pewarna sahaja
2  sudu teh  asam jawa tanpa biji@pes asam jawa Adabi
Air ikut sukatan tin sardin, penuh
3  sudu besar  minyak masa


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak, tumiskan bawang putih sehingga naik bau wangi (jangan biarkan bawang putih menjadi kuning).  Kemudian masukkan ikan sardin dan pastikan api dapur dikecilkan.
Agak-agak ikan sardin mendidih, masukkan asam jawa dan air mengikut sukatan 1 tin penuh.
Setelah kuah ikan sardin mulai pekat, masukkan sos tiram dan kicap manis atau masin 2 sudu besar.
Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan cili besar.
Biarkan lebih kurang 2 minit dan angkat sebelum bawang besar menjadi lembik.
Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment