KEK PISANG

Wednesday, October 2, 2019

TERUNG GORENG BERLADA ...









RESEPI TERUNG GORENG BERLADA
sumber :    iresipi.com@Che'Nom




Bahan-Bahan :

2  biji  terung panjang, saiz besar   (3 biji jika saiz sederhana)
2  mangkuk  minyak masak
Air perahan asam jawa secukupnya


Bahan-Bahan Kisar Kasar :

8-10  biji  cili merah segar
7-8  biji  cili melaka,  yang berwarna merah   (kalau tiada boleh campur cili hijau)
1/2  mangkuk kecil  ikan bilis
2  biji  bawang besar
4  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2 cm.  Gaulkan terung dengan sedikit garam.

2.  Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.  Angkat terung dan ketepikan.

3.  Buangkan sedikit minyak goreng terung tadi, tumiskan bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.

4.  Masukkan air asam jawa secukupnya dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya (sedap jika dilebihkan gula dalam sambal ini).

5.  Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi.  (me :   gaulkan terung sekali dengan sambalnya).  Sedia untuk dihidangkan.


TIPS :

1.  Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tidak cantik warnanya.

2.  Terung harus digoreng dalam minyak yang banyak.

No comments:

Post a Comment