KEK PISANG

Monday, October 14, 2019

TEH SUSU AIS BIJI SELASIH ...









TEH SUSU AIS BIJI SELASIH
sumber :    tiffinbiru@CMG ...




Bahan-Bahan :

2  uncang  teh BOH
600  ml  air
Susu pekat manis secukupnya
Secubit garam  (sikit sahaja, jangan banyak-banyak)
1  sudu besar  biji selasih *
1/2  helai  daun pandan *
3/4  cawan  air panas *    ( * dimasukkan ke dalam mangkuk & tutup, biarkan sehingga biji selasih kembang )
Ais kiub secukupnya


Cara Penyediaan :

1.  Masukkan teh uncang dan air ke dalam periuk kecil.  Masak sehingga mendidih dan kecilkan api, renihkan selama 5 minit, matikan api dan biarkan uncang teh terendam kurang lebih 20 minit atau sehingga teh suam.  Keluarkan uncang teh, masukkan susu pekat manis secukupnya dan kacau (anggaran 2 sudu besar).  Tambahkan secubit kecil garam dan kacau lagi.  Ketepikan.

2.  Masukkan ais kiub secukupnya ke dalam gelas yang sesuai.  Tuangkan teh susu sehingga hampir penuh.  Sudukan biji selasih yang telah kembang tadi di atasnya.  Kacau-kacau sedikit dan biarkan sejuk sebentar.  Sedia untuk dinikmati !!!

No comments:

Post a Comment