RESEPI TRIFFLE
sumber : buku "chef hanieliza" ...
Bahan-Bahan :
1 bungkus kek gulung (perisa mengikut citarasa)
1 kotak agar-agar segera perisa strawberi (3 sudu makan)
1 cawan air
1 tin buah-buahan koktel (saiz kecil brand Adabi)
2 sudu makan tepung kastad
1/2 cawan gula halus@gula kastor
3 cawan susu segar
Cara Membuat :
1. Campurkan tepung kastad, gula dan susu segar di dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendidih (guna api sederhana) sehingga agak sedikit pekat. Kemudian ketepikan.
3. Potongkan kek gulung dan susun ke dalam bekas kaserol/atau ikut pilihan.
4. Kemudian ambil sedikit jus buah-buahan koktel dan tuangkan ke atas kek tadi.
5. Tuangkan kastad di atas permukaan kek sehingga rata.
6. Taburkan buah-buahan koktel di atas kastard.
7. Masakkan agar-agar segera dengan secawan air sehingga mendidih dan tuangkan di atas buah-buahan koktel tadi.
8. Setelah wap panas hilang, masukkan ke dalam peti sejuk.
9. Sedia dihidangkan. Enak dinikmati sejuk.
No comments:
Post a Comment