KEK PISANG

Wednesday, October 2, 2019

MASAK LEMAK TEMPOYAK IKAN KEMBUNG ...









MASAK LEMAK TEMPOYAK
IKAN KEMBUNG
sumber :    daridapurnasya.blogspot.com




Bahan-Bahan :

6  ekor  ikan kembung   (me :   guna 4 ekor saiz besar)
2  sudu besar  tempoyak
10  biji  cili padi  +  1  inci  kunyit hidup   (dikisar)
1  batang  serai   (dititik)
Santan secukupnya
2  keping  asam keping
2  helai  daun kunyit   (disiat)
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

Masukkan tempoyak, cili padi yang dikisar bersama kunyit hidup, serai, asam keping dan santan secukupnya ke dalam periuk.  Didihkan bahan-bahan untuk kuah ini di atas api yang sederhana sehingga menggelegak.  Kemudian masukkan ikan dan daun kunyit, tunggu sehingga mendidih sekali lagi.  Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau-kacau rata, tutup api dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment