Thursday, February 7, 2013
APAM HARUM MANIS
APAM HARUM MANIS
resipi dari : Citarasawan, tqvm for this recipe
Bahan A :
200 gm gula melaka (hiris kecil-kecil)
240 ml air
Bahan B :
3 biji telur (saiz sederhana - B)
135 gm gula pasir
1 tsp esen vanilla
Bahan C : diayak
240 gm tepung gandum
1/2 tsp baking powder
3/4 tsp soda bikarbonat
1/4 tsp garam
Bahan D :
40 gm mentega (dicairkan)
6-7 biji pisang raja (dihiris bulat)
Cara-cara :
1. Masakkan bahan A hingga gula melaka cair. Tapis dan sejukkan.
2. Pukul bahan B hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit diikuti dengan bahan A sambil dikacau rata dan sebati.
4. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaul sebati.
5. Sapukan acuan-acuan kecil dengan sedikit mentega/minyak. Tuangkan separuh adunan ke dalam acuan dan letakkan hirisan pisang ke atas adunan tadi.
6. Kukus selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.
anggaran : 29 biji besar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment