KEK PISANG

Monday, February 11, 2013

Karipap Ayam & Kentang







KARIPAP AYAM & KENTANG


sumber dari :  qurrataaayun (Tun Telani), CTdelima, ZalinZalina dll. tqvm u all.


Bahan Doh :

    4   cawan   tepung gandum
    2   tbsp.     marjerin  (dipanaskan bersama minyak)
 1/2   cawan   minyak
 3/4   cawan   air
 1/2   tsp.       garam


Bahan Inti :

2   keping   isi dada ayam  (dipotong dadu)
3   biji        kentang  (dipotong dadu)
1   biji        bawang besar (dipotong dadu)
3   ulas       bawang putih (ditumbuk lumat)
2   tbsp.     serbuk kari daging  (dibancuh dengan sedikit air)
sedikit daun sup  (dihiris  -  optional)
garam secukupnya


Cara-cara :

Untuk Doh :   Panaskan marjerin dan minyak didalam periuk hingga marjerin cair.  Tutup api.  Ketika panas-panas itu masukkan tepung ke dalam periuk dan gaul guna garpu, dah sejuk sedikit, campurkan garam dan air sedikit demi sedikit.  Uli sampai tidak melekat ditangan.  Sedia untuk digunakan.  (cara menggaul dengan minyak panas adalah untuk mendapat kulit yang rapuh).

Untuk Inti :   Rebus kentang 3/4 masak dan toskan.  Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.  Masukkan serbuk kari dan tumiskan seketika.  Masukkan isi ayam dan tumis lagi.  Masukkan kentang dan sedikit air dan masak sampai kentang empuk.  Hendaklah sentiasa digaul supaya tidak hangus.  Perisakan dengan garam dan masukkan daun sup cincang jika suka.  Sejukkan dahulu sebelum digunakan.

(menghasilkan :  anggaran 40 biji)

Tips untuk frozenkan karipap & kuih-muih lain :

1.   Susunkan kuih atas dulang yang dilapis dengan plastik.  Biar ada jarak antara kuih supaya tidak melekat.
2.   Masukkan dalam freezer sampai keras (dalam 1/2 jam).
3.   Selepas itu boleh di alih ke dalam bekas atau plastik.  (setiap plastik 10-12 biji).

No comments:

Post a Comment