OREO CREPE
OREO CREPE
resipi dari : Majalah Aroma Dec. 2012, Pn. Nor Azlita Abdul Aziz
Bahan-bahan :
70 gm tepung naik sendiri
10 gm tepung jagung
40 gm gula kastor
250 ml susu segar
15 gm butter - dicairkan
2 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
secubit garam
Cara Penyediaan :
Dalam satu bekas, satukan tepung naik sendiri, tepung jagung dan garam kemudian diayak. Masukkan 1/2 daripada susu ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga ia licin dan tidak berketul-ketul.
Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu lagi. Kacau rata hingga sebati. Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin. Tambahkan butter yang telah dicairkan dan esen vanilla. Kacau adunan hingga rata kemudian ditapis. (letak pewarna pilihan jika suka). Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.
Sediakan kuali leper (non-stick pan) yang tidak melekat. Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas. Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali. Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mulakan mendadar. Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan. Tidak perlu dibalikkan. Terus angkat. Ulang hingga kesemua adunan habis.
Bahan Inti : Vanilla Cream Kastard
225 ml susu cair
1 tbsp tepung kastad
40 gm gula kastor
2 biji kuning telur
1 tbsp butter
1/2 tsp esen vanilla
secubit garam
100 ml krim putar bukan tenusu (RICH)
Biskut oreo secukupnya
Cara Penyediaan :
Satukan tepung kastad dan gula dalam satu bekas. Masukkan kuning telur dan 1/2 daripada susu. Kacau hingga adunan sebati. Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla. Kacau rata.
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat. Sentiasa dikacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar. Bila ia dah meletup-letup segera tutup api, Masukkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat. Biarkan ia sejuk. Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin.
Putar krim putar bukan tenusu hingga kental kemudian masukkan ke dalam adunan kastard yang telah disejukkan, kaup balik adunan hingga gebu dan bergaul sempurna.
1. Ambil sekeping crepe.
2. Letakkan vanilla cream kastard di atasnya.
3. Ambil sekeping oreo.
4. Patah-patahkan dan letakkan atas cream.
5. Lipat crepe berbentuk empat segi.
6. Dinginkan dalam peti ais.
No comments:
Post a Comment