KEK PISANG

Sunday, February 24, 2013

CARAMEL



 CARAMEL
Resepi yang enak ini diberi oleh seorang pensyarah MEDEC, UITM Shah Alam untuk dikongsi
bersama dengan stafnya ketika saya bekerja disana. Sudah lama resipi ini dalam simpanan saya, sejak dari 1990 sehinggalah ke hari ini.
Caramel ini sangat sedap dimakan dengan fruit cocktail dan juga dengan ice cream.  Anak-anak saya 
sangat menyukainya.  Hari ini saya membuatnya di atas permintaan anak-anak kerana sudah lama
tidak membuatnya.








CARAMEL


sumber  :  Pn. Norela Nuruddin (MEDEC, UITM Shah Alam - 1990)


Bahan-bahan :

   5   biji        telur
   1   tin         susu cair
   1   tin         air biasa (sukat dengan menggunakan tin susu cair)
1/2   cawan   susu pekat manis
   1   tsp        esen vanilla
   1   tbsp      tepung kastad


Bahan untuk gula hangus :

1 1/2  cawan   gula pasir
sedikit air panas

Tray :  8 inci bulat disapu dengan sedikit mentega


Cara-cara :

     Mula-mula cairkan gula didalam periuk.  Bila sudah cair masukkan 2 sudu besar air panas, kacau rata kemudian tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil yang menjadi pilihan (atau acuan pilihan), ketepikan dulu.
     Pukul telur sedikit sahaja, cukup sekadar kuning dan putih telur sebati.  Masukkan esen vanilla, tepung kastad, susu cair dan susu pekat.  Kacau rata dan sebati barulah dimasukkan air.
     Akhir sekali tuangkan ke dalam bekas-bekas yang berisi air gula hangus yang sudah beku tadi.  Kukus sampai masak, anggaran 35-45 minit.  Enak dimakan sejuk bersama fruit cocktail atau ice cream pilihan.

TIPS  :  boleh juga dibakar secara water-bath iaitu masukkan bekas puding ke dalam bekas yang lebih besar yang telah diisi dengan air panas.  Bakar pada suhu 170'C selama 40-50 minit.  Bila dah sejuk telangkupkan ke dalam pinggan.  Simpan didalam peti ais untuk rasa yang dingin.  (Guna telur yang segar untuk membuat puding ini bagi mengelakkan bau hanyir telur).

No comments:

Post a Comment