Assalam buat teman-teman semua, hari ini saya mencuba membuat Makaroni Bakar dari buku resipi seperti yang tertera dalam blog saya ini. Resipi ini sangat sedap sekali. Memang berbaloi mencuba resipi dari buku ini. Buku ini tulisan Pn. Hjh. Noraini Zakaria. Memang berbaloi memiliki buku ini kerana kebanyakkan resipi yang saya cuba dari buku ini tidak pernah menghampakan. Terima kasih kepada beliau.
MAKARONI BAKAR
resipi dari buku 'Kompilasi Hidangan Berkeju'
Bahan-bahan :
180 gm makaroni
Bahan Inti :
400 gm daging kisar
100 gm daging ayam
1 1/2 cawan susu segar kotak
150 gm keju Mozzarella
1 tangkai daun bawang )
1 tangkai daun sup ) dipotong
1/2 batang lobak merah )
2 biji telur - dipukul
2 tbsp serbuk cili
2 tbsp pes tomato
2 tbsp sos cili
2 biji cili merah - dicincang
sedikit serbuk oregano, garam, gula pasir dan lada sulah
Cara membuat :
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan minyak masak. Masukkan makaroni dan rebus anggaran 5-7 minit hingga masak. Angkat dan tuskan.
2. Satukan semua bahan ini dalam sebuah mangkuk. Masukkan makaroni dan gaulkan hingga rata.
3. Sapukan sedikit minyak pada acuan bersaiz 8" x 8". Tuangkan adunan makaroni, taburkan dengan sedikit parutan keju Mozzarella (jika suka) dan bakar pada suhu 180'C selama 1 jam.
4. Hidangkan bersama sos cili.
salam kak..waa sedapnye..lama x makan makaroni bakar..
ReplyDeletesalam kembali Najihah..memang sedap..cara membuat pun mudah..cubalah..
ReplyDelete