KEK PISANG

Wednesday, February 6, 2013

BINGKA KELADI/KUIH BAKAR KELADI


 BINGKA KELADI  -  sekadar menghabiskan baki keladi yang dibeli daripada terbuang begitu saja.
Kuih bingka ini sangat sedap. Terima kasih pada Pn. Yatie.







BINGKA KELADI/KUIH BAKAR KELADI  (9" x 9")


resipi oleh  :  yatiememories, tqvm for this recipe



Bahan-bahan :

    3   cawan   santan sederhana pekat
    2   cawan   tepung gandum
    1   cawan   gula kastor  (lain kali nak kurangkan sebab manis)
 1/2   tsp.       garam halus
    1   tsp.       esen vanilla
    2   tbsp.     mentega
    2   cawan   keladi  ( direbus & dilecek)
    1   tsp.       pewarna ungu
    3   biji        telur  (B)
sedikit bijan hitam/putih untuk ditabur atas permukaan kuih

Acuan :  9"x9"


Cara-cara :

1.   Panaskan oven pada suhu 200'C, sapukan sedikit mentega di sekeliling acuan/loyang, panaskan sebentar.
2.   Masukkan keladi ke dalam blender, diikuti dengan telur, gula, garam, mentega, santan dan tepung.  Blendkan kesemuanya.  (kalau tidak muat, buat separuh-separuh).
3.   Gaulkan sebati dan letakkan pewarna dan gaul sebati.
4.   Tuangkan ke dalam loyang.  Taburkan sedikit bijan ke atas permukaan kuih.
5.   Bakar selama 1 jam/hingga masak menggunakan api atas bawah.  (kalau nak bahagian atas berkerak tambahkan masa selama 10 minit lagi - guna api atas sahaja).

No comments:

Post a Comment