Thursday, February 20, 2020
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI ...
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam
2 batang serai ~ titik
1 biji tomato ~ belah 6
2 cawan air
1 sudu kecil pes asam jawa
200 ml santan kotak
Garam & gula secukup rasa
Bahan Kisar :
3 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
12 biji cili padi ~ boleh tambah lagi jika suka pedas
Cara Memasak :
Bersihkan ayam dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
Panaskan periuk dan masukkan ayam, bahan kisar dan serai, gaul rata.
Masukkan pula air, kacau rata, tutup periuk sampai ayam empuk.
Kemudian masukkan pes asam jawa, santan, garam dan gula secukup rasa.
Sekali sekala kacau perlahan sehingga mendidih dan santan tidak pecah.
Akhir sekali masukkan tomato, kacau perlahan, biarkan seketika.
Sesuaikan rasanya ... SIAP !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment