Tuesday, February 18, 2020
TELUR AIR ASAM VIRAL !!!
RESEPI TELUR AIR ASAM
YANG VIRAL DI FB !!!
sumber : www.rasa.my
Bahan-Bahan :
4 biji telur
Cili padi secukupnya ~ lebihkan jika suka pedas (me : guna 6 biji)
1/2 biji bawang besar ~ dihiris/cincang
1-2 biji tomato ~ dihiris/cincang
Bahan Air Asam :
Asam jawa secukupnya (me : guna 2 sudu besar pes asam jawa)
Garam secukup rasa (me : 1/2 sudu teh)
Aji-no-moto secukupnya, jika suka
Air suam secukupnya (me : 1/2 cawan)
Tambahkan sedikit belacan kalau nak lagi power (optional)
Cara Penyediaan :
1. Satukan bahan-bahan air asam. Kacau sebati dan pastikan ianya cukup rasa. Ketepikan.
2. Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan periuk tidak terlalu besar. Jika sepadan dengan telur, lagi baik.
3. Masukkan air sama paras dengan telur. Rebus guna api paling besar selama 7 minit. Masa adalah PENTING untuk mendapatkan tekstur kuning telur yang cantik.
4. Bila cukup masa merebus, kupas telur dibawah air mengalir bagi mendapatkan telur yang licin dan tidak terkoyak. Toskan.
5. Belah telur dan letakkan di dalam pinggan hidangan/mangkuk.
6. Masukkan hirisan bawang dan tomato. Tuangkan juga air asam tadi. Biarkan selama 15 minit sebelum dinikmati kerana rasanya akan lebih sedap.
7. Hidangan ini mempunyai rasa masam, masin dan pedas. Memang sedap dimakan bersama nasi putih panas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment