KEK PISANG

Sunday, February 16, 2020

KEK MARBLE ...










RESIPI KEK MARBLE
sumber :    FB/Chef Danial Hadi Fans
kredit :    Azlinan Ina
diolah semula :    ct hajar




Loyang :    8 inci persegi/bulat   (gris sekeliling loyang dengan marjerin nipis dan alas pada dasar loyang dengan kertas minyak).
Suhu Oven :    140'C - 145'C   (panaskan 10 minit awal).



Bahan A :

5  biji  kuning telur gred A  (atau gred AA)
250  gm  marjerin Pelangi
100  gm  gula kastor
1  sudu besar  esen vanilla


Bahan B :   

5  biji  putih telur
40  gm  gula kasotr

***   dipukul sehingga soft peak (keras kaku & bertanduk - meringue)


Bahan C :

200  gm  tepung gandum   (cap bunga Red Rose) *
1/2  sudu teh  double action baking powder *   ( * diayak bersama )
50  ml  susu segar,  suhu bilik
50  gm  susu pekat manis,  suhu bilik


Flavour :   (boleh ganti dengan perasa lain)

1  sudu besar  pandan paste
1  sudu besar  chocolate emulco
2  sudu besar  serbuk koko


Cara-Cara :

1.  Pukul Bahan-bahan B terlebih dahulu sehingga menjadi meringue.  Ketepikan.

2.  Menggunakan mixer yang sama pukul marjerin dan gula kastor (100 gm) sehingga kembang.  Setelah kembang masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul sehingga kembang.  Kemudian masukkan susu pekat manis, esen vanilla dan pukul sekejap saja.  Kemudian masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar.  Kacau sekadar sebati sajak.

3.  Akhir sekali kaupbalik Bahan B ke dalam adunan tepung tadi (Bahan A) anggaran dalam 3 bahagian dan kacau sehingga sebati.

4.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian :

Bahagian 1 :   1 sudu besar chocolate emulco + 2 sudu besar serbuk koko, kacau sebati.
Bahagian 2 :   1  sudu besar Pandan paste (boleh tambah sedikit pewarna hijau), kacau sebati.
Bahagian 3 :   Biarkan adunan warna asal   (me :  guna pewarna merah), kacau sebati.

5.  Masukkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam loyang secara rawak.  Atau ikut citarasa.  Kemudian bolehlah dilorek, jika suka.

6.  Bakar selama 1 jam 10 minit.  Pada 35 minit pertama, tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan kek merekah dan pecah.  Selepas masak terus keluarkan dari oven dan terus terbalikkan, biarkan seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.




No comments:

Post a Comment