RESEPI CHEESE CAKE BROWNIES
sumber : Insta@resepisedap
(moist & fudgy)
(anggaran : 50 pcs cupcakes)
Bahan Brownies :
450 gm dark chocolate
250 gm tepung gandum
6 biji telur (me : gun gred A)
60 gm serbuk koko
350 gm gula kastor
200 gm butter
100 gm minyak (me : guna minyak jagung)
1/2 sudu teh garam halus
Bahan Cheese Cake :
500 gm cream cheese, suhu bilik
2 biji telur (me : gred A)
100 gm gula kastor
100 ml whipping cream 'dairy'
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air/jus lemon
1 sudu besar lemon zest@parutan kulit lemon
Cara-Cara :
Untuk Brownies :
1. Potong-potong dark chocolate, masukkan ke dalam periuk kecil. Letakkan periuk kecil di atas kuali yang berisi air, (teknik double boiler). Masak sehingga coklat mencair sepenuhnya.
2. Masukkan butter dan matikan api. Kacau-kacau sehingga butter mencair kemudian masukkan minyak dan garam.
3. Di dalam mangkuk yang lain, ayak tepung dan serbuk koko, tambahkan gula kastor, telur dan campuran coklat cair tadi. Kacau menggunakan whisk tangan atau mixer sehingga sebati.
Untuk Cheese Cake :
1. Pukul cream cheese dan gula halus sekadar sebati. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan pukul sehingga sebati.
2. Tuangkan adunan brownies ke dalam papercup/paper liner sebanyak 3/4 tinggi papercup.
3. Tuangkan 1 sudu besar adunan cheese cake. Ratakan. Hiaskan dengan sedikit adunan brownies di atasnya.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'C selama 40 minit atau sehingga masak sepenuhnya (bergantung pada oven masing-masing).
SIAP !!!
No comments:
Post a Comment