PUDING ROTI BAKAR CHEESE &
SOS KASTAD
sumber : daridapur.com
kredit : Pn. Nor Izan Mustapa
Bahan-Bahan :
10 keping roti gardenia
1 sudu makan marjerin Planta
2 cawan susu segar atau susu cair
1/2 cawan gula halus/gula kastor
2 biji telur (me : guna gred A)
1 sudu teh esen vanilla
Chocolate chips secukupnya (ikut suka)
Cheddar cheese (ikut suka) & jenama ikut pilihan anda
Cara-Cara :
1. Sapu marjerin pada kesemua roti. Potong 1 keping roti kepada 6 bahagian. Susun 5 keping roti di dalam loyang (boleh guna 8/9 inci aluminium foil), taburkan chocolate chip dan tindihkan lagi dengan baki roti. Taburkan lapisan kedua chocolate chip.
2. Dalam bekas lain, kacau sebati dengan tangan/whisk telur, gula, serta esen vanilla. Bila telur dah sebati, masukkan susu dan kacau-kacau manja. Dah siap, tuangkan ke dalam loyang berisi roti, dan tekan permukaan roti supaya meresap masuk. Parutkan cheese ke atas permukaan roti dan rehatkan 10 minit.
3. Sambil itu panaskan oven selama 10 minit pada suhu 160'C dan barulah masukkan loyang beriti roti tadi. Bakar pada suhu 150'C selama 40-45 minit menggunakan api atas bawah. Keluarkan Puding Roti Bakar Cheese dan sejukkan dahulu.
4. Sambil itu kita sediakan Sos Kastad yang sedap ini.
Bahan Sos Kastad :
1 tin susu cair
1/2 cawan air
2 sudu makan gula halus/gula kastor
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, kacau sampai tepung kastad larut. Barulah diletakkan di atas api kecil dan sentiasa dikacau sos sehingga sos mulai pekat. Siap !!!
2. Potong Puding Roti Bakar Cheese yang dah sejuk, hidangkan bersama Sos Kastad ini.
NOTA : kalau anda tak nak guna chocolate chip pun boleh, gunakan kismis sebagai ganti atau buah-buahan kering. Tiada masalah. Nak campur lapisan pertama chocolate chip, lapisan kedua kismis pun boleh. Memang nikmat makan Puding Roti Bakar Cheese camni.
Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
ReplyDeletedimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||