KUIH BAKAR KENTANG
sumber : FB@Mas Cotek
Bahan-Bahan :
2 biji kentang, saiz sederhana (rebus & lecek)
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1 biji telur (saya guna gred A)
1 sudu besar mentega/marjerin
Sedikit pewarna kuning/oren
Sedikit bijan, jika suka
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan di dalam blender kemudian blend/kisar sehingga halus.
Panaskan acuan cara atau acuan pilihan dengan sedikit minyak.
Bakar di atas api dapur sehingga masak menggunakan api perlahan.
NOTA : jika menggunakan loyang, bakar pada suhu oven 170'C, api atas bawah selama 35 - 40 minit atau sehingga masak. Boleh ditabur bijan, jika suka.
No comments:
Post a Comment