RESIPI MINI PAVLOVA
sumber : FB@Azlina Ina...
Bahan-Bahan :
4 biji putih telur gred A
3/4 cawan gula kastor (150 gm)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-Cara :
1. Pukul putih telur sehingga kembang dan berbuih-buih.
2. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga habis, pukul sehingga kental dan berkilat.
3. Masukkan tepung jagung, cuka makan dan esen vanilla, kacau laju menggunakan spatula.
4. Bentukkan adunan di atas loyang yang telah dilapik baking paper (pastikan tengah pavlova berbentuk untuk diisikan topping dan filling).
5. Bakar adunan selama 60-75 minit pada suhu 130'C - 140'C bergantung pada oven masing-masing.
6. Bila sudah masak, biarkan Pavlova di dalam oven sebentar dengan pintu oven di renggangkan sedikit.
7. Biarkan sejuk.
TIPS 1 : Pastikan tiada air atau minyak di dalam mangkuk pengadun (kering & bersih).
TIPS 2 : Terbalikkan mangkuk pengadun untuk menguji adunan meringue. Jika meringue tidak jatuh, maka ia sudah sedia untuk digunakan.
Bahan Topping :
2 cawan Non-Dairy Whipping Cream (brand VIVO), yang ni dah manis
Buah-buahan kegemaran
Cara-Cara :
1. Pukul whipping cream sehingga kental.
2. Potong buah ikut saiz kesukaan (jika perlu).
3. Paipkan cream ke atas Pavlova dan susunkan buah-buahan.
Bahan Topping : (Jika guna Dairy Cream)
1 cawan whipping cream (me : guna Anchor Dairy Whipping Cream), pastikan ia sejuk
2 sudu makan gula aising
1 sudu makan esen vanilla
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun dan pukul/putar sehingga kental. Sedia untuk dipaipkan ke atas Pavlova.
No comments:
Post a Comment