RESIPI MUFFIN COKLAT CIP
sumber : www.rasa.my
kredit ke : Azlina Ina
Bahan-Bahan :
2 biji telur gred B (me : guna gred A)
1/2 cawan mentega ~ dicairkan
Sedikit emulco coklat
1 cawan susu segar ~ suhu bilik
Sedikit esen vanilla
1 cawan gula halus/kastor
Secubit garam halus
1/2 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan tepung naik sendiri@self-raising flour
1 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sachet serbuk kopi nescafe
Coklat cip & badam cincang secukupnya, untuk hiasan
Cara-Cara :
1. Mula-mula satukan gula halus, telur dan esen vanilla serta emulco coklat.
2. Kocok sedikit menggunakan whisk, kalau tiada pakai senduk kayu pun boleh.
3. Masukkan mentega yang dicairkan tadi, whisk lagi.
4. Kemudian tambahkan susu segar dan kacau sebati.
5. Masukkan pula tepung, serbuk koko, soda bikarbonate, garam, nescafe sachet yang sudah di ayak terlebih dahulu. Kemudian masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan bahan-bahan yang dikacau tadi.
6. Adunan dah siap, isikan ke dalam cawan kertas dalam 1/2 cawan. Taburkan coklat cips, kekacang, jika guna.
7. Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit sehingga masak sepenuhnya (bergantung pada oven masing-masing). Pastikan panaskan oven terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment