KEK PISANG

Monday, September 30, 2019

AYAM MASAK BALI ...









RESIPI AYAM MASAK BALI
sumber :    Majalah RASA Julai 2019 ...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam  ~  potong ikut suka, cuci bersih & toskan
Sedikit serbuk kunyit  ~  gaul dengan ayam
Sedikit garam  ~  gaul dengan ayam
6-8  batang  serai  ~  titik
3  tangkai  daun kari  ~  lurut dari tangkai
4-5  sudu makan  kicap pekat manis
1  sudu makan  sos tiram
1  sudu makan  air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya  ~  untuk menggoreng & menumis


Bahan Kisar :

10  tangkai  cili kering  ~  rendam dalam air panas hingga lembut & toskan
4  biji  bawang besar
6  ulas  bawang putih
2  cm  belacan
3  cm  halia


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dalam kuali.
2.  Sementara itu, gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam halus.
3.  Goreng ayam hingga masa sahaja, jangan terlalu garing.  Angkat dan ketepikan.
4.  Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis.
5.  Tumis serai hingga wangi baru dimasukkan daun kari, tumis lagi hingga garing dan wangi.
6.  Masukkan bahan kisar, sos tiram, kacau hingga pecah minyak.
7.  Seterusnya masukkan kicap, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
8.  Akhir sekali, kecilkan api dan masukkan ayam goreng tadi.  Kacau 3-4 minit lagi.
9.  Tutup api dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment