KEK PISANG

Friday, September 27, 2019

RESEPI CEKODOK PISANG ...









RESEPI CEKODOK PISANG
sumber :    www.iresipi.com@Che'Nom ...




Bahan-Bahan :

500  gm  pisang emas  (anggaran 15 hingga 20 biji pisang bersaiz kecil)
1  cawan  tepung gandum
1  sudu teh  garam halus
2  sudu besar  gula


Cara-Cara :

1.  Lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul.

2.  Masukkan garam, gula dan tepung gandum sedikit demi sedikit, jangan masukkan tepung gandum sekaligus kerana tahap serapan tepung adalah berbeza-beza dan bergantung pada kuantiti pisang.

3.  Jika adunan masih lembik, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit.

4.  Jemput adunan menggunakan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas.

5.  Goreng dan kacau dengan sudip dengan cara membalik-balikkan cekodok sehingga bahagian luar perang dan rangup.

6.  Angkat dan hidangkan.


TIPS :    Pastikan jemput tidak terlalu besar untuk mendapatkan saiz cekodok yang kecil, rangup dan sedap...

No comments:

Post a Comment