RESEPI TELAGA EMAS
sumber : FB/Seminit Resepi ...
Bahan A :
125 gm tepung pulut
20 gm tepung gandum
5 gm tepung jagung
Air secukupnya
Sedikit garam
Pewarna kegemaran (me : merah & hijau)
Bahan B :
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur (gred A)
Esen vanilla
Pewarna kuning
Sedikit garam
Cara-Cara :
1. Dimulakan dengan menyediakan bahan A terlebih dahulu. Campurkan kesemua tepung dan uli bersama air. Tuangkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Warnakan doh mengikut kesukaan anda. (me : bahagi doh kepada 2 bahagian dan warnakan merah & hijau).
2. Bulat-bulatkan doh dan penuhkan dinding acuan lompang yang telah disapu sedikit minyak untuk memudahkan dikeluarkan nanti.
3. Kemudian kita sediakan bahan B. Campurkan kesemua bahan adunan ke dalam periuk bersih, kemudian kacau rata. Masak sekejap (anggaran 5 minit) dan tapiskan.
4. Tuangkan adunan B ke dalam acuan lompang tadi. Kukus selama 12 minit sehingga masak.
No comments:
Post a Comment