KEK PISANG

Monday, September 2, 2019

CHOCOLATE RICE ORANGE MUFFINS ...










CHOCOLATE RICE ORANGE MUFFINS
sumber :    yatiememories ...
hasil :   13 biji




Bahan-Bahan A :

2  cawan  tepung gandum *
1  sudu kecil  baking powder *
1/2  sudu kecil  soda bikarbonate *   ( * diayak 2 kali )
1  cawan  gula perang   (me :   kurangkan sikit)
2  sudu besar  chocolate rice
Hiasan  ~  chocolate chips secukupnya  (jika suka)


Bahan-Bahan B :

1/2  cawan  butter  ~  cairkan
1  cawan  jus oren  (boleh substitute dengan 1 cawan susu segar + 3 sudu besar jus oren)
1  biji  telur  (me :  gred A,  dipukul sedikit)
1  sudu kecil  oren paste/emulco  (me :  guna sedikit parutan kulit oren)


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C selama 15 minit, api atas bawah.

2.  Masukkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk dan gaulkan rata.

3.  Curahkan bahan-bahan B yang telah disatukan dan kacau rata.  (Jangan kacau lama sangat, setakat bercampur elok saja).

4.  Masukkan kertas muffin dalam acuan muffin  (boleh guna muffin cups).

5.  Sudukan adunan ke dalam kertas muffin hampir penuh, hias dengan chocolate chips.  (me :  gunakan muffin cups dan sudukan separuh dari cup, baru elok, tak pun nanti melimpah).

6.  Bakar selama 20 minit/sehingga masak kekuningan.

7.  Sejukkan di atas redai.

No comments:

Post a Comment