NASI SERAI
sumber : Chef Hanieliza
Bahan A :
4 cawan beras basmati (basuh & rendamkan selama 1 jam)
4 cawan air
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan (disimpul)
4 batang serai (diketuk)
3 tbsp. minyak sapi
1 pokok daun sup (dihiris)
50 gm bawang goreng
Garam secukup rasa
Bahan B : (dihiris)
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Cara membuat :
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk rice cooker dan tumis bahan B hingga wangi.
2. Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam. Gaul rata dan alihkan ke dalam periuk letrik. Masakkan seperti nasi biasa.
3. Hidangkan di dalam mangkuk nasi. Taburkan dengan hirisan daun sup dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment