KEK PISANG

Monday, January 30, 2012



BISKUT COKLAT BADAM
Majalah : SEDAP, Bil. 44 Vol. 4 2012
Bahan-bahan :
150 gm mentega tawar
1/4 tsp garam
125 gm gula aising
1/2 tsp esen badam (saya guna sikit kerana baunya kuat)
1 biji kuning telur
100 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
25 gm susu tepung
30 gm tepung jagung
1/2 tsp serbuk penaik
50 gm serbuk badam
Bahan salutan :
100 gm hirisan badam - cincang/ramas halus
Bahan hiasan :
25 gm coklat masakan hitam, cairkan
Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, garam, gula aising dan esen badam selama 1 minit hingga lembut. Masukkan kuning telur. Pukul rata.
2. Masukkan tepung gandum, serbuk koko, susu tepung, tepung jagung dan serbuk penaik sambil di ayak dan dikacau rata. Masukkan serbuk badam dan kacau rata.
3. Ambil sedikit adunan (anggaran 1 tsp). Gentel bentuk bulat. Gulingkan dalam badam cincang. Letakkan di loyang yang telah disapu nipis marjerin.
4. Bakar selama 30 minit dengan api bawah pada suhu ketuhar 150'C hingga masak.
5. Hias dengan lorekan coklat masakan hitam cair. (saya tidak buat kerana kehabisan coklat)
Anggaran : 434 gram (biskut ini sedap dan rangup), SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment