TAUHU MASAM MANIS -
Chef Hanieliza
Bahan A :
4 keping tauhu lembut
1 biji tomato (dibelah 6)
3 tbsp. sos tomato
3 tbsp. sos cili
1/2 cawan air
1 tsp. gula
1 pokok daun bawang (dipotong pendek)
1/2 cawan minyak
Garam secukup rasa
Bahan B : (dihiris)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 biji cili merah
Cara membuat :
1. Potong dua tauhu dan sapukan sedikit garam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan tauhu hingga keemasan. Angkat & ketepikan.
3. Tinggalkan separuh minyak dan tumiskan bahan B hingga wangi.
4. Masukkan air, gula, sos tomato dan sos cili. Biarkan mendidih.
5. Masukkan tauhi dan tomato. Kacau perlahan-lahan dan tutup api.
6. Masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang.
7. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment