KEK PISANG

Sunday, January 1, 2012

1/1/2012 (Ahad) - KUBIS GORENG KUNYIT
sumber : Chef Hanieliza


Bahan A :

1/2 biji kubis
1 biji lobak merah (saiz kecil)
1 pokok daun bawang (dipotong pendek)
2 tangkai daun kari
1 tsp. serbuk kunyit
1 tsp. biji sawi
2 tbsp. minyak
Garam secukupnya

Bahan B : (dihiris)

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah

Cara membuat :

Kubis dan lobak merah dipotong kecil, dibasuh dan dituskan. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan B hingga wangi. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau rata. Kemudian masukkan daun kari, biji sawi dan serbuk kunyit. Kacau rata. Masukkan garam dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata. Sedia dihidangkan.


No comments:

Post a Comment