KEK PISANG

Tuesday, January 3, 2012

3/1/2012 (Selasa) APAM BUTTER untuk di bawa ke surau.
APAM BUTTER
resipi asal : Internet
APAM BUTTER
Bahan A :
1 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm butter
Gula pasir dimasak hingga menjadi perang. Masukkan air dan butter. Masakkan hingga butter cair dan sejukkan. Ketepikan dahulu.
Bahan B :
3 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum ) ayak bersama
2 tsp. soda bikarbonat )
1 tin susu cair
Cara membuat :
Telur dan gula kastor dipukul hingga kembang. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama soda bikarbonat, susu cair dan air gula hangus yang telah suam tadi. Gaul hingga sebati. Isikan ke dalam acuan lompang yang telah digriskan dengan sedikit minyak hingga 3/4 penuh. Kukus selama 20 minit/hingga masak. Setelah sejuk bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut putih yang digaulkan dengan sedikit garam. Kelapa parut seeloknya dikukus sebentar untuk mengelakkan ianya mudah basi.

No comments:

Post a Comment