KEK PISANG

Friday, January 20, 2012

KEK LUMUT
resepi asal : Chef Rini


Bahan-bahan : (loyang : 9 inci)

10 biji telur (A)
250 gm gula kastor
200 gm Nestum
100 gm tepung gandum
100 gm serbuk Horlicks
100 gm susu pekat manis
50 gm serbuk badam
500 gm butter
Pewarna hijau/pandan pes secukupnya

Cara membuat :

1. Pukul butter dan gula hingga putih.
2. Masukkan telur satu demi satu hingga habis dan pukul hingga kembang.
3. Masukkan susu pekat, Horlicks, Nestum, serbuk badam dan tepung gandum. Gaulkan hingga sebati dan masukkan pewarna.
4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus : 2-3 jam. Tutup dengan foil ketika mengukus untuk mengelakkan air masuk ke dalam kek. (kalau buat 1/2 resipi guna acuan 8 inci dan masa mengukus pendek sedikit).

No comments:

Post a Comment